top of page
SYARAT PENYERTAAN
PENDAFTARAAN
PERTANYAAN

MAHRAJAN SEMARAK HIJRAH

SYARAT&TERMA PERTANDINGAN 

PERTANDINGAN TILAWAH


 Penyertaan
 

(a)        Syarat-syarat Penyertaan:

(i)        Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.

(ii)      Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB

 

(b)        Pakaian:

(i)          Peserta dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.


6.2    Pertandingan
 

(a)        Peserta akan bebas untuk memilih surah yang akan dibaca.

(b)        Cara pertandingan adalah peserta dikehendaki membacakan ayat yang dipilih sendiri dalam masa yang diberikan  iaitu 5 minit. Kelancaran bacaan, hukum tajwid, tarannum dan suara adalah diambil kira.

 

6.3     Penghakiman

 

(a)    Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Tarannum dan kelancaran.

(b)   Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:

(i)     Bahagian Tajwid                  50 markah

(ii)   Bahagian Kelancaran           25 markah

(iii) Bahagian Tarannum            25 markah

Jumlah markah keseluruhan     100 markah


6.4      Penentuan pemenang

(a)    Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.

(b)   Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

 

 

 

PERTANDINGAN TEKS KHUTBAH  (Tranformasi

 

Syarat-syarat & Terma

 

  • Penulisan khutbah hendaklah dibuat dalam bahsa Melayu

  • Hasil penulisan adalah asli tidak ditiru dari mana-mana terbitan

  • Penulisan Khutbah hendaklah focus kepada tajuk yang diberi

  • Setiap teks khutbah yang terpilih adalah menjadi hak milik ACIS UiTM dan pihak ACIS berhak menyunting, menerbit, mencetak dan mengulang siar

  • Format penulisan hendaklah di hantar dalam bentuk softcopy Microsoftword, Tulisan arial (12pt)

 

Panduan penulisan :

 

  • Hendaklah mengandungi pujian kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, petikan ayat al-Quran, wasiat dan nasihat supaya bertaqwa dan doa untuk kaum meslimin

  • Tidak mengandungi apap-apap ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

  • Tidak menyentuh sensitivity kedaulatan Raja-raja Melayu dan tidak ada unsur-unsur politik dan perkauman

  • Tidak mengandungi unsure-unsur hasutan, prasangka dan sebagainya

  • Tidak mengandungi perbahasan masalah khilafiah

 

    

 

 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KALIGRAFI

  • Pertandingan terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UITM.

  •  Semua peralatan dan perbelanjaan menulis khat hendaklah ditanggung sendiri oleh peserta;

  •  Pihak urusetia hanya memberikan contoh tulisan khat untuk ditulis semula.

  •  Masa pertandingan adalah pada 3.00 petang – 5.00 petang , bersamaan hari jumaat, 22 Oktober 2015  bertempat di Ruang Solat Tambahan,Masjid Al-Wahiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin  

  •  Jenis tulisan khat adalah mengikut contoh tulisan yang diberikan pihak penganjur dan terpulangkepada kreativiti peserta untuk mencantikkan tulisan dengan corak – corak.

  •  Sebarang peniruan atau penipuan adalah dilarang sama sekali. Pihak penganjur berhak menolakpenyertaan sekiranya ada unsur penipuan.

  • Keputusan pengadil adalah muktamad .

 

 

 

SYARAT PERTANDINGAN MASAKAN

 

  • Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan perempuan dewasa berumur 16 tahun ke atas.

  • Penyertaan ini hanya terhad kepada 10 peserta sahaja bagi setiap kategori. (Pendaftaran akan dibuka sebelum acara bermula)

  • Tempoh masa selama 1 jam diberikan untuk menyediakan masakan tersebut

  • Setiap resepi mestilah berasaskan kepada resepi yang dibekalkan oleh pihak penganjur.

  • Penganjur akan menyediakan semua peralatan masakan dan bahan masakan dari produk UiTM sahaja. Para peserta digalakkan membawa bahan tambahan dan hiasan.

  • Pemarkahan adalah berdasarkan kepada rasa, kreativiti dan kesesuaian masakan.

  • Setiap ciptaan dan hasil penyertaan (masakan) adalah menjadi milik penganjur dan tidak dikembalikan kepada peserta.

  • Hiasan bebas.

  • Keputusan panel hakim adalah muktamad

 

 

 

 

 

SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

 

  • Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak tadika, sekolah rendah, berumur 4 – 9 tahun.

  • Terbahagi kepada 2 Kategori A (4-6 tahun) dan Kategori B (7-9 Tahun).

  • Bagi peserta Kategori A pihak penganjur akan menyediakan peralatan melukis dan mewarna manakala Kategori B dikehendaki membawa peralatan melukis dan mewarna sendiri seperti Pensil Warna dan Caryon (Watercolour tidak dibenarkan).

  • Keputusan hakim adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan.

  • Semua penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur dan pihak penganjur berhak untuk mengunakan lukisan tersebut tanpa sebarang persetujuan.

 

 

 

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN MARHABAN
 

1.         PENDAHULUAN

1.1       Syarat-syarat dan Peraturan            Pertandingan Marhaban diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan saksama.

2.         PENGANJUR

2.1       Pertandingan Marhaban sempena Mahrajan Semarak Hijrah   ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari ACIS UiTM 

3.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1       Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada lapan (8) orang, manakala ahli-ahli kumpulan hendaklah tidak bercampur di antara lelaki dan wanita dan diiringi oleh seorang (1) Pengurus pasukan sahaja.

3.2       Peserta pasukan hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada  31 Disember 2014.

3.3       Sebanyak empat belas (14) kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan terpilih ke peringkatSeparuh Akhir. Manakala penetapan kumpulan ke Peringkat Akhir adalah berdasarkan kepada enam (6) buah kumpulan terbaik yang mendapat markah tertinggi di peringkat Separuh Akhir.

3.4       Sesebuah kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi profesional. (Penyanyi Profesional ialah individu yang telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset atau cakera padat baik secara solo mahupun berkumpulan).

4.         TEMPOH MASA

4.1       Setiap kumpulan diberi masa selama 6 minit untuk keseluruhan persembahan Marhaban. Persembahan selepas 6 minit tidak akan diambil kira.

4.2       Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke 4 dan loceng kedua dibunyikan apabila masa tamat.

 4.3      Masa akan dikira bermula dengan bacaan selawat pembuka dan berakhir setelah berakhirnya selawat bacaan penutup.
 

5.         PENGHAKIMAN & FORMAT PERSEMBAHAN

5.1       Penghakiman akan diadili oleh Jemaah Hakim yang dilantik oleh penganjur dan keputusan pelantikan hakim adalah muktamad.

5.2       Penghakiman dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek berikut;

            5.2.1    Lagu / Tarannum                     - 40 markah

            5.2.2    Suara                                       - 30 markah

            5.2.3    Fasohah                                  - 20 markah

            5.2.4    Persembahan                          - 5 markah

            5.2.4    Busana                                    - 5 markah

                        JUMLAH KESELURUHAN  - 100 %

5.3       Keputusan Jemaah Hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

5.4       Persembahan hendaklah dimulakan dengan selawat dan ditutup dengan selawat.

5.5       Teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja.

5.6       Menambah bait baris ayat Marhaban hendaklah berdasarkan teks yang muktabar.

 

 

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN TRANSFORMASI PENGURUSAN ISLAM

 

PENGENALAN

Program Pertandingan Gerai Transformasi Hijrah  merupakan satu program pameran yang dirangka khas untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tetang sistem Pengurusan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah. Pameran yang akan dijalankan dengan tema Innovation for Islamic Service  diharap dapat memberi input dan pengetahuan yang lebih terhadap pengurusan Islam mengikuti arus pembangunan.

   

OBJEKTIF

 Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk:

  • Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta dalam pengurusan Islam.

  • Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam pengurusan Islam untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.

  •  Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif

  • Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negeri.

  •  Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang dihasilkan oleh peserta.

 

TEMA PERTANDINGAN

 3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Islamic Service.

 3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna.

 

 4.0 TEMPAT DAN MASA

4.1 Tarikh : 21 dan 22 Oktober  2015.

4.2 Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid UiTM Shah Alam .

 4.3 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang.

 

 5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan Mahrajan Semarak Hijrah menekankan kepada 3 kategori produk yang dipertandingkan:

  • Invention/Penciptaan – Penciptaan proses atau produk baru.

  •  ii. Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.

  • iii. Design/Rekabentuk – Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.

SYARAT PENYERTAAN

  • Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UiTM dan mana-mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

  • Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada gabungan pelajar dan staf.

  • Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-masing.

  •  Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

 

SYARAT PERTANDINGAN

 Syarat–syarat bagi menyertai Mahrajan Semarak Hijrah adalah seperti berikut:

  • Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan.

  •  Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan plagiat.

  •  Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.

  •  Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.

  • Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada sektor pembuatan.

  •  Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.

  • Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi undang-undang pengkomputeran Malaysia.

  • Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang kemudaratan adalah tanggungjawabnya.

  •  Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

 

KOD ETIKA

  • Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah menjaga integriti.

  •  Penyelidik/Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak bertanding.

  •  Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.

 

Kertas Projek hendaklah dilampirkan bersama ketika sesi penghakiman dan pameran dijalankan.

* Saiz poster adalah A1 (594 mm x 841 mm). Orientasi poster adalah Potrait (Lebar : 594mm & Tinggi : 841 mm)

 

PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

  • Peserta akan diberi masa selama 10 – 15 minit bagi membentangkan hasil kajian / inovasi projek dalam Bahasa Melayu dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.

  •  Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan demonstrasi.

  •  Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan.

  •  

PAMERAN

Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja lipat dan 4 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi sepanjang pameran berlangsung.

Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi mereka. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

 

 PENGISYTIHARAN PEMENANG

  • Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan.

  • Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

PENAFIAN

  • Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

  •  Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini.kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan

  • Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi

 

 

bottom of page