top of page
PENDAFTARAAN
PERTANYAAN

MAHRAJAN SEMARAK HIJRAH 

 

PENGENALAN

 

Maal Hijrah diantara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.Peristiwa ini disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharram.Hijrah pada bahasa ialah berpindah.Pada istilah ialah perpindahan Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah.Dalam konteks hari ini hijrah bermaksud berubah kepada sikap yang lebih positif,peningkatan ilmu pengetahuan dan pengamalan terhadap nilai-nilai murni.Justeru penghayatannya perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan hidup Islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat warga UiTM

 

           

 OBJEKTIF

 

  •     Memperingati peristiwa Hijrah umat Islam bersama Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah

  •     Memupuk semangat tranformasi Hijrah di kalangan warga UiTM dalam semua aspek                  kehidupan

  •     Memberi penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah peringkat UiTM kepada staf dan pelajar yang       memberi sumbangan kepada universiti.  

  •     Membangkitkan nilai kualiti yang cemerlang seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W       bagi melahirkan generasi ummah yang terbaik.

  •     Menerapkan kefahaman Islam melalui penghayatan al-Quran dan as-Sunnah

  •     Menghubungkan silaturrahim dan menanamkan nilai kekeluargaan di kalangan warga UiTM  

 

bottom of page